Maklumat Kami

Fusion Cafe kini telah dibuka dan mula beroperasi sepenuhnya sejak 11 Feb 2008 yang lalu. Kami menyediakan pelbagai masakan moden dan tradisional untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menghadapi kesukaran mendapatkan pilihan makanan yang berkualiti, menyelerakan dan sukar didapati di kawasan Bandar Tasik Kesuma dan sekitarnya pada harga yang berpatutan.

Fusion Cafe juga menyediakan pelbagai menu halal moden dan tradisional untuk pilihan anda. Ikan bakar nasi ulam juga disedia untuk makan tengahari. Kami juga akan menyediakan masakan barat dalam waktu terdekat. Sila berkunjung ke Fusion Cafe untuk menikmati lain-lain menu makanan dan minuman yang disediakan seperti lempeng, waffle, banana split, teh masala, cham ais, sira pisang/ubi kayu dan bermacam lagi. Sila cuba menu terbaru kami!

De Nurul Sary Enterprise juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan sejak awal 2009, telah mencebur diri didalam bidang pengeluaran dan pembekalan Mee Kuning tanpa bahan pengawet untuk keperluan pasaran masyarakat di sekitar kawasan Tasik Kesuma dan Lembah Kelang. Kami sedang mencari individu/pekedai/peruncit/peraih yang ingin menjadi pengedar mee kuning keluaran kami yang dijamin tanpa bahan pengawet. Sila hubungi pihak pengurusan Fusion Cafe sekiranya anda berminat dan untuk keterangan lanjut.

Lokasi Kami

Klik di sini :